Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu..
Kali ini Allah memberi peluang kepada alumni KBM JIMSAR melancarkan penerbangan sulung pesawat Keindahan BersamaMu di SMK Baru Bintulu, yang mana merupakan program sulung KBM yang diadakan untuk peringkat sekolah di
Hafiz Bai meneruskan penerbangan pada sebelah petang dengan slot INTEAM..slot yang cukup penting dalam mengingatkan adik-adik perihal kepentingan ukhuwwah yang teguh kepada sahabat serta peranan sebagai seorang sahabat. Alhamdulillah Allah rectify para fasilitator dengan adik-adik yang mampu bekerjasama dengan baik sekali..
Pengembaraan Meniti Angin Malam 1 di kendalikan oleh Hafiz Bai (ramai jugak guru sekolah yang datang melihat perjalanan program), semua memberikan respon yang baik terhadap penyampaian Hafiz Bai...sesi malam diteruskan dengan slot MAM2, Alhamdulillah segalanya juga berjalan dengan lancar, guru yang datang melihat program pun nampaknya terkesan dengan penyampaian Hafiz Bai..mabrook Hafiz! enta memang menyerlah jauh dari yang Biasa !!
Pagi 27 Julai 2008, penerbangan KRJ 260708 diteruskan oleh Inshirah dalam slot Hijrah di kantin sekolah berhampiran, sementara Hafiz Bai dan beberapa fasi yang lebih "matured" seperti Pakcik Yacob, Pakcik Roslan, Pakcik Rahim, Makcik Hazi'aah dan lain-lain menunggu ibu bapa yang akan hadir. Alhamdulillah, agak ramai parents yang datang dan slot ini dikendalikan dengan sangat cemerlang oleh Hafiz Bai, usia Hafiz yang muda bukan penghalang untuk sekali lagi menyerlah jauh dari yang biasa, Alhamdulillah :)
Alhamdulillah slot Pertemuan di bawah pengendalian Hafiz berjalan dengan baik. Adik-adik kasih dan adik-adik sayang sangat terkesan dengan pesanan tarbiyyah yang disampaikan dalam KBM ini.
Majlis di akhiri dengan ucapan dari pengetua SMK BARU serta ucapan dari Timbalan YDP JIM Bintulu dan seterusnya majlis penyampaian hadiah dan penghargaan dari pihak sekolah.
Aqulu qaulihaza..
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
Labels: KBM, Programs and Activities, Remaja dan Belia
1 Comment:
-
- Mashizaki Keikan said...
November 14, 2008 at 10:02 PMupdate.. update... update...