Tabung Palestin

Posted by Admin

'JIM juga akan mempergiatkan dan memperhebatkan kutipan bantuan Palestin melalui Tabung Bersamamu Palestin dengan pelbagai cara, kempen, gesaan, website, sesi penerangan di sekolah, pejabat, tempat awam, surau, masjid dan lain-lain. JIM mengharapkan sokongan seluruh rakyat agar menghulurkan bantuan dengan menyalurkan sumbangan melalui akaun Maybank 562209608847 atas nama Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia.

Bulan Solidariti Palestin

Posted by Admin

Bulan Solidariti Palestin:Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) mengutuk sekeras-keras tindakan biadap rejim zionis membedil rakyat Palestin dalam satu lagi tindakan keganasan yang tiada taranya sejak rejim itu mengusir rakyat Palestin dari tanah air mereka pada tahun 1948 dan menceroboh dan menguasai Baitul Maqdis sejak tahun 1967. Rakyat Gaza yang menderita sejak 18 bulan yang lalu akibat penutupan sempadan oleh Israel sehingga terputus bekalan makanan dan ubat-ubatan kini menghadapi serangan bertubi-tubi Israel dengan menggunakan jet-jet pejuang F-16 dan helikopter penggempur Apachee ke atas sasaran awam.

JIM Malaysia

Posted by Admin

Pertubuhan Jemaah Islah Malaysia (JIM) Bahagian Bintulu:JIM Daerah Bintulu adalah satu pertubuhan NGO. Ia adalah satu nafas baru yang mengalir di tengah masyarakat. Ia lahir dari kesedaran dan hasrat murni masyarakat untuk melakukan pembaikan (islah) dan membina kembali fitrah kemanusiaan yang berpaksikan ketuhanan bagi ahli-ahlinya dan masyarakat di sekitar Bintulu.

ITB

Posted by Admin

Institut Tahfiz Bintulu:Alhamdu lillah seramai 12 orang pelajar telah mendaftar di Institut Tahfiz Bintulu (ITB) pada 10 Januari 2009. Ini disertai dengan 'soft launching' ITB yang dihadiri oleh warga Masjid Darul Hidayah, aktivis JIM, tenaga pengajar ITB dan pelajar-pelajar ITB serta ibubapa mereka.

KBM Remaja

Posted by Admin

KBM Remaja:Alhamdulilah sekali lagi JIM Daerah Bintulu tidak ketinggalan dalam menjalankan program KBM yang kali ini dibuat khusus untuk SMK Bintulu. Pengendali utama yang datang untuk program kali ini adalah Pak Long (Akhi Aminuddin) dan Abang Yeop (Akhi Umayr) yang telah didatangkan khas dari Johor dan dibantu oleh hampir 30 orang fasi dari Bintulu .




Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu..

Kali ini Allah memberi peluang kepada alumni KBM JIMSAR melancarkan penerbangan sulung pesawat Keindahan BersamaMu di SMK Baru Bintulu, yang mana merupakan program sulung KBM yang diadakan untuk peringkat sekolah di Sarawak.


Pada pagi 26 Julai 2008, sejumlah 29 adik-adik kasih dan 26 orang adik-adik sayang telah menyertai penerbangan KBM, nombor pesawat KRJ 260708 yang berlepas diketuai oleh juruterbang,Hafiz Bai dan co-pilot, Inshirah Mokri.


Alhamdulillah, slot KMKY telah dikendalikan dengan jayanya oleh Hafiz Bai dan Inshirah. Seramai 30 orang pengendali dan fasilitator telah mengambil bahagian dalam penerbangan kali ini iaitu Pakcik Yacob, Abang Faiz, Pakcik Rahim, Fikri(anak Pakcik Rahim), Pakcik Taip, Abang Fendi, Kak Irah, Makcik Hazi'aah, Kak Ngah Azah, Kak Syuhada, Kak Tini, Kak Zimah, Kak Salwa, Kak Ilani, Asiah(anak akhi Anuar), Pakcik Roslan, Abang Amar, Abang Hazrul serta beberapa orang adik-adik usrah abang Faiz dari UPMKB.


KBM kali ini merupakan KBM yang pertama dianjurkan di Bumi Kenyalang untuk modul sekolah, tapi terdapat juga sebilangan adik-adik yang merupakan Alumni KBM Aktivis JIMSAR (anak-anak aktivis dakwah di Sarawak) yang turut serta untuk kali ke 2 Alhamdulillah..

Hafiz Bai meneruskan penerbangan pada sebelah petang dengan slot INTEAM..slot yang cukup penting dalam mengingatkan adik-adik perihal kepentingan ukhuwwah yang teguh kepada sahabat serta peranan sebagai seorang sahabat. Alhamdulillah Allah rectify para fasilitator dengan adik-adik yang mampu bekerjasama dengan baik sekali..

Pengembaraan Meniti Angin Malam 1 di kendalikan oleh Hafiz Bai (ramai jugak guru sekolah yang datang melihat perjalanan program), semua memberikan respon yang baik terhadap penyampaian Hafiz Bai...sesi malam diteruskan dengan slot MAM2, Alhamdulillah segalanya juga berjalan dengan lancar, guru yang datang melihat program pun nampaknya terkesan dengan penyampaian Hafiz Bai..mabrook Hafiz! enta memang menyerlah jauh dari yang Biasa !!


Pagi 27 Julai 2008, penerbangan KRJ 260708 diteruskan oleh Inshirah dalam slot Hijrah di kantin sekolah berhampiran, sementara Hafiz Bai dan beberapa fasi yang lebih "matured" seperti Pakcik Yacob, Pakcik Roslan, Pakcik Rahim, Makcik Hazi'aah dan lain-lain menunggu ibu bapa yang akan hadir. Alhamdulillah, agak ramai parents yang datang dan slot ini dikendalikan dengan sangat cemerlang oleh Hafiz Bai, usia Hafiz yang muda bukan penghalang untuk sekali lagi menyerlah jauh dari yang biasa, Alhamdulillah :)

Alhamdulillah slot Pertemuan di bawah pengendalian Hafiz berjalan dengan baik. Adik-adik kasih dan adik-adik sayang sangat terkesan dengan pesanan tarbiyyah yang disampaikan dalam KBM ini.

Majlis di akhiri dengan ucapan dari pengetua SMK BARU serta ucapan dari Timbalan YDP JIM Bintulu dan seterusnya majlis penyampaian hadiah dan penghargaan dari pihak sekolah. Harapan kami agar adik-adik kasih dan adik-adik sayang bisa menerapkan segala ilmu yang diperoleh dari KBM apabila kembali ke sekolah dan meneruskan hidup menjadi insan yang mampu berubah ke arah yang lebih baik..insan soleh wa musleh inshaAllah ameen..:)

Aqulu qaulihaza..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


1 Comment:

  1. Mashizaki Keikan said...
    update.. update... update...

Post a Comment



    .::Tinta Admin::.

    Assalamualaikum wbt..

    Selamat datang ke blog JIM Bintulu. Kini blog ini berwajah baru!Segala kritikan, cadangan dan teguran membina amatlah dialu-alukan oleh pihak admin blog. Semoga blog ini nanti mampu memberi manfaat besar buat semua pengujung.


    Pertubuhan Jemaah Islah Malaysia (JIM) Daerah Bintulu adalah satu pertubuhan NGO yang berdaftar. Ia adalah satu nafas baru yang mengalir di tengah masyarakat. Ia lahir dari kesedaran dan hasrat murni masyarakat untuk melakukan pembaikan (islah) dan membina kembali fitrah kemanusiaan yang berpaksikan ketuhanan bagi ahli-ahlinya dan masyarakat di sekitar Bintulu.

    Untuk maklumat lanjut boleh kunjungi kami di:

    Pusat Kegiatan JIM Daerah Bintulu
    (bersebelahan Masjid Darul Hidayah)
    SS2/27, Lorong Abg Tek,
    Jalan Abg Tek,
    Tanjung Kidurong,
    97000 Bintulu, Sarawak

    Kami juga boleh dihubungi di alamat email jimbintulu@gmail.com atau nombor telefon 019-8855600 (Anuar Ahmad).

    ~Admin~



    Lagu Tema JIM Malaysia

    Demi Masa

    Iklan JIM Bintulu