Tabung Palestin

Posted by Admin

'JIM juga akan mempergiatkan dan memperhebatkan kutipan bantuan Palestin melalui Tabung Bersamamu Palestin dengan pelbagai cara, kempen, gesaan, website, sesi penerangan di sekolah, pejabat, tempat awam, surau, masjid dan lain-lain. JIM mengharapkan sokongan seluruh rakyat agar menghulurkan bantuan dengan menyalurkan sumbangan melalui akaun Maybank 562209608847 atas nama Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia.

Bulan Solidariti Palestin

Posted by Admin

Bulan Solidariti Palestin:Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) mengutuk sekeras-keras tindakan biadap rejim zionis membedil rakyat Palestin dalam satu lagi tindakan keganasan yang tiada taranya sejak rejim itu mengusir rakyat Palestin dari tanah air mereka pada tahun 1948 dan menceroboh dan menguasai Baitul Maqdis sejak tahun 1967. Rakyat Gaza yang menderita sejak 18 bulan yang lalu akibat penutupan sempadan oleh Israel sehingga terputus bekalan makanan dan ubat-ubatan kini menghadapi serangan bertubi-tubi Israel dengan menggunakan jet-jet pejuang F-16 dan helikopter penggempur Apachee ke atas sasaran awam.

JIM Malaysia

Posted by Admin

Pertubuhan Jemaah Islah Malaysia (JIM) Bahagian Bintulu:JIM Daerah Bintulu adalah satu pertubuhan NGO. Ia adalah satu nafas baru yang mengalir di tengah masyarakat. Ia lahir dari kesedaran dan hasrat murni masyarakat untuk melakukan pembaikan (islah) dan membina kembali fitrah kemanusiaan yang berpaksikan ketuhanan bagi ahli-ahlinya dan masyarakat di sekitar Bintulu.

ITB

Posted by Admin

Institut Tahfiz Bintulu:Alhamdu lillah seramai 12 orang pelajar telah mendaftar di Institut Tahfiz Bintulu (ITB) pada 10 Januari 2009. Ini disertai dengan 'soft launching' ITB yang dihadiri oleh warga Masjid Darul Hidayah, aktivis JIM, tenaga pengajar ITB dan pelajar-pelajar ITB serta ibubapa mereka.

KBM Remaja

Posted by Admin

KBM Remaja:Alhamdulilah sekali lagi JIM Daerah Bintulu tidak ketinggalan dalam menjalankan program KBM yang kali ini dibuat khusus untuk SMK Bintulu. Pengendali utama yang datang untuk program kali ini adalah Pak Long (Akhi Aminuddin) dan Abang Yeop (Akhi Umayr) yang telah didatangkan khas dari Johor dan dibantu oleh hampir 30 orang fasi dari Bintulu .

Program Pelapis Imam Muda 2008


Objektif Program
Program ini adalah anjuran Masjid Darul Hidayah, Kidurong dengan kerjasama Pertubuhan Jamaah ISLAH Malaysia (JIM) daerah Bintulu. Di antara objektif program ini diadakan adalah untuk :-
a) Membina kelompok remaja yang dapat diketengahkan ke depan dalam aktiviti-aktiviti keagamaan.
b) Membina remaja yang akrab dengan masjid
c) Membina pemimpin dari kalangan remaja
d) Membina jaringan di kalangan remaja dari qariah yang berlainan
e) Memenuhi masa cuti remaja dengan aktiviti yang berguna

Kumpulan Sasaran
Terbuka kepada remaja lelaki dan perempuan berumur 13 tahun ke atas.


Tempat Program
Program ini akan diadakan di ruang sholat Masjid Darul Hidayah, Kidurong.

Tarikh
Akan bermula 24 November hingga 24 Disember 2008 seperti jadual dibawah.

Sesi Jadual
Minggu Pertama : 24 - 29 November 2008
Minggu Kedua : 01 - 06 Disember 2008
Minggu Ketiga : 08 - 13 Disember 2008
Minggu keempat : 15 - 20 Disember 2008
Minggu kelima : 22 - 24 Disember 2008

Masa Program
Isnin – Jumaat : 08:00 pagi – 05:00 petang
Jumaat : 07:00 petang – 07:00 pagi (Qiam untuk lelaki sahaja)
Sabtu : 08:00 pagi – 10:00 pagi

Yuran
RM100.00 ( minimum ) termasuk makan dan minum untuk keseluruhan program. Kiranya ada keikhlasan dan kemampuan ibu bapa yang ingin menyumbang lebih, sangat dialukan dan kami ucapkan berbanyak terima kasih. Bayaran hendaklah dibuat dihari pertama program bermula yaitu pada 24 November 2008.




0 Comments:

Post a Comment



    .::Tinta Admin::.

    Assalamualaikum wbt..

    Selamat datang ke blog JIM Bintulu. Kini blog ini berwajah baru!Segala kritikan, cadangan dan teguran membina amatlah dialu-alukan oleh pihak admin blog. Semoga blog ini nanti mampu memberi manfaat besar buat semua pengujung.


    Pertubuhan Jemaah Islah Malaysia (JIM) Daerah Bintulu adalah satu pertubuhan NGO yang berdaftar. Ia adalah satu nafas baru yang mengalir di tengah masyarakat. Ia lahir dari kesedaran dan hasrat murni masyarakat untuk melakukan pembaikan (islah) dan membina kembali fitrah kemanusiaan yang berpaksikan ketuhanan bagi ahli-ahlinya dan masyarakat di sekitar Bintulu.

    Untuk maklumat lanjut boleh kunjungi kami di:

    Pusat Kegiatan JIM Daerah Bintulu
    (bersebelahan Masjid Darul Hidayah)
    SS2/27, Lorong Abg Tek,
    Jalan Abg Tek,
    Tanjung Kidurong,
    97000 Bintulu, Sarawak

    Kami juga boleh dihubungi di alamat email jimbintulu@gmail.com atau nombor telefon 019-8855600 (Anuar Ahmad).

    ~Admin~



    Lagu Tema JIM Malaysia

    Demi Masa

    Iklan JIM Bintulu